Friday, February 1, 2013

Kolagen

Rumpai Laut


Rumpai laut tergolong dalam kumpulan algae, iaitu sejenis kelas tumbuhan yang menghasilkan “makanannya” sendiri tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya tidak membentuk sebarang organ yang jelas (seperti daun, bunga, buah, majoritinya terdapat pada tumbuhan darat).

Rumpai laut bersifat alkaline, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.

Rumpai laut ada berbagai jenis  dan species (dipecahkan kepada 3  jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.

Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan Rumpai Laut:
  1. Memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak) kerana Iodine yang terdapat di dalamnya.
  2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
  3. Mengadungi mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
  4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
  5. Anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
  6. Agen detox kerana terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
  7. Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Kebanyakkan rumpai laut yang dijual di pasaran Malaysia sebenarnya telah diproses (diimport dari luar), manakala ada sesetengahnya juga yang dipasarkan dalam bentuk supplemen. Tidak seperti di Jepun atau di Thailand, agak sukar sebenarnya untuk mencari Rumpai Laut yang segar di sini memandangkan popularitinya di negara kita masih ‘tak berapa popular’. Jika tidak berkunjung ke Sushi King, atau kaunter makanan Jepun di Jusco, memang kita tidak akan berjumpa Superfood ini dalam makanan hidangan tengahari atau malam.


No comments:

Post a Comment