Monday, March 14, 2016

Proses Permulaan Pembinaan Rumah Impian Saya

Alhamdulillah

Sahaja saya nak kongsi pengalaman proses-proses membina rumah impian saya di Bota Kanan, Perak


Mulanya...banyak yang perlu saya tahu tip bina ruang dan pelan rumah.


1 Tip bina ruang dan pelan rumah. Tips atau panduan paling penting ialah selesa. Bila kita nak bina rumah kita nak fikir banyak kali ruang apa yang perlu ada dan apakah bentuk ruang dalam rumah. Saiz besar bukan elemen utama tapi, apakah kita mendapat keselesaan bila berada dalam rumah. Keselesaan itu ialah dari segi pengerakan, suhu dalaman, angin keluar masuk,pengudaraan, pencahayaan, kegunaan ruang, privasi ruang , saiz bilik, tata atur ruang dan elemen warna dan bahan.


Seperti diketahui, setiap keluarga mempunyai gaya hidup, keperluan serta bajet tersendiri. Ini sama seperti kediaman yang mempunyai unit terancang direka bentuk serta dihias mengikut cita rasa individu. Maka, pilihan gaya sewajarnya dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira beberapa perkara.

2 Peringkat perancangan ruang dalam rumah

  1. Peringkat sebelum bina pelan rumah, apa yang perlu di rancang ialah konsep ruang dan bagaimana susun atur ruang. (ini sesuai untuk rumah bina sendiri). atau bina rumah di tanah sendiri. Ruang apa nak bina, asasnya ialah ruang dapur, bilik air, blik tidur suami isteri, bilik anak perempuan, bilik anak lelaki, ruang tamu, ruang keluarga, dan ruang solat atau tetamu. Semua itu kena ikut kemampuan kita
  2. Perancangan selepas pembinaan - maksudnya hiasan dalaman dan bahan yang nak pilih dan warna atau konsep dalaman. Perkara ini ada hubung kait dengan peeringkat 1 sebelum kita bina dan konsep dalaman yang kita nak buat.
Pelan Rumah Saya





  • Ruang Awam' - Ruang Tamu dan Ruang makan
  • 'Separa awam' - Bahagian  Dapur, Ruang   Makan di dapur.
  • 'Privacy' - Ruang Bilik Tidur.
Konsep Hijau / 'green architecture' dapat dijelaskan didalam konsep perancangan rekabentuknya iaitu - mengambilkira rekabentuk yang fokus kepada persekitaran sebagai fokus utama contohnya sama ada persekitaran/ laman pokok, pancaran matahari, laluan angin dan sebagainya.

Saiz ruang dan bahan

Saiz ruang bergantung kepada kemampuan. satiap kaki persegi ruang ada nilai dan kos berdasarkan kos kaki persegi atau m2, Kemudian pemilihan bahan, samada batu, bata, kayu, besi dan melibatkan elemen kos yang perlu di ambil kira.

Saiz yang selesa dan saiz minima bagi bilik ialah 10' x 10' atau 10' x 12', besar lagi baik. Biasanya rumah teres mereka design 10' x 10' atau 3m x 3m. Bagi saya ini saiz minima dan sederhana

Thursday, March 3, 2016

Pengalaman membina rumah baru


Alhamdulillah...ni baru 80% siap iaitu pada 3 Mac 2016. Agak-agak 10 Mac nanti boleh la dok rumah baru....mmmm berangan lagi.

Nanti la Encik Kontraktor bagitaw ye. Kita tungguuu...

Friday, November 21, 2014

Roti Sarang Lebah

oh...dah lama saya tk mem'blog' kan diri. Kali ini mari kita merajinkan diri mencuba resepi yang tengah hot di pasaran, Roti Sarang Lebah. Ni versi roti saya 



Resepinya:

DOH ROTI

2 cawan tepung gandum atau tepung roti
1/2 sudu teh yis kering
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik) atau susu cair
1/4 cawan minyak sun flower atau minyak jagung
1/2 cawan air suam
kuning telur, almond flakes, pumpkin seeds dan bijan hitam untuk hiasan

Cara-caranya:
1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

2. Campurkan garam, tepung gandum, baking powder dalam mangkuk adunan dan kacau sebati.

3. Masukkan campuran yis dan yogurt/susu cair ke dalam mangkuk adunan tadi dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

4. Uli dengan tangan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruskan menguli doh sehingga tidak melekat di tangan.

5. Uli sehingga gebu, lembut dan elastik. Lagi lama lagi bagus untuk dapatkan roti yang gebu.

6. Biarkan doh naik 2x ganda di tempat sedikit panas dan tutup dengan tuala lembap. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.

7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh, bulatkan sebesar buah langsat dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.

8. Buat sampai habis. Doh memang agak lembik tapi jangan risau, kalau melekat, sapukan tangan anda dengan minyak. Jangan tambah tepung.

9. Sapukan permukaan dengan kuning telur. Taburkan dengan pumpkin seed, almond flakes, bijan hitam dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik, on kan oven bersuhu 180-200 api atas bawah.

10.Pastikan oven panas baru masukkan loyang berisi roti tadi. 10 minit pertama guna api bawah, 5 minit terakhir guna api atas bawah.

11.Tempoh bakar dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan tuangkan sos butterscoth di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.


SOS BUTTERSCOTCH

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
1/2 sudu teh esen vanila
25gm butter
secubit garam

Cara-caranya:

1. Cairkan butter dalam periuk, masukkan gula perang, sentiasa kacau sehingga gulanya cair, larut sepenuhnya dan berbuih.

2. Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya. Hati-hati kerana campuran gula sangat panas.

3. Masukkan esen vanila dan bila semuanya sebati, tutup api dapur dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.




NOTE:- 

Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. 
Berhati-hati, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Sunday, March 2, 2014

Kek Marble Kukus

Setelah dua hari menggodek2 sana sini cari resepi yg simple dan nampak sedap...akhirnya terhasil lah...jeng jeng jeng..

Tambahan hujan yang turun...menambah lagi kekosongan perutku. Apa lagi, operasi pun bermula...